
M4: THE VALLEY BERGERAK SENDIRI TANPA JURULATIH DAN TAJAAN!
Kemenangan 3-1 keatas pasukan RRQ AKIRA memberikan satu lagi peluang untuk pasukan THE VALLEY bertemu pasukan FALCON ESPORTS.
Pasukan THE VALLEY bermain dengan sangat agresif dan tidak memberi peluang kepada pasukan lawannya untuk melakukan serangan.
Mereka mendapat keyakinan dalam pertandingan selepas menumpaskan pasukan TODAK baru-baru ini.

Mobazane berkata, mereka layak untuk menjadi juara pada kejohanan ini kerana mereka adalah satu pasukan yang sangat bekerja keras untuk ke tahap ini.
"Kami akan bertemu dengan mereka (pasukan emapt terbaik) dan kami bekerja keras kerana tiada gaji dan tiada penaja dalam pasukan.
FWYDCHICKN berkata, cabaran di M4 baru bermula dengan empat pasukan terbaik sedang menanti pasukan mereka.
"Pasukan besar seperti ONIC ESPORTS, BLACKLIST INTERNATIONAL, RRQ HOSHI DAN ECHO PH bersedia untuk mengalahkan kami.
Dia berkata pasukannya ada sesuatu yang mereka tidak tonjolkan lagi dan masih menyimpannya untuk perlawanan lain.
"Kami ada hero kejutan yang akan digunakan pada peringkat seterusnya," katanya.
Responya terhadap pasukan RRQ HOSHI yang berlaku semalam adalah disebabkan VYN tidak begitu hebat.
Pengurus pasukan THE VALLEY berkata, dia bukanlah jurulatih untuk pasukan kerana tiada jurulatih atau analis berada dalam pasukannya.
"Kami masih tiada jurulatih mahupun penganalisa namun tugas saya adalah memberikan mereka semangat agar tidak luntur ketika berhadapan lawan.