
M4: "THE VALLEY TIDAK AKAN MENDAPAT PELUANG UNTUK 'MEMBANTAI' KAMI!" ECHO PH.
ECHO ESPORTS membantai pasukan tuan rumah ONIC ESPORTS dengan mudah 3-1 sebentar dalam perlawanan pasukan mana akan ke final braket atas.
Kemenangan itu diperolehi selepas mereka melakukan 'banned' hero kegemaran KAIRI supaya mereka lebih senang berhadapan dengan pasukan ONIC ESPORTS!
"Ternyata keputusan untuk tidak melepaskan hero kegemaran Kairi memberikan kami pilihan untuk melakukan strategi untuk melakukan serangan dan bertahan dari diserang," katanya.

Jurulatih Tictac berkata, mereka mahu dua pasukan dari Filipina ke Grand Finals kerana itu impian mereka.
"Kami mahu pasukan Filipina menjadi juara dua kali berturut-turut dan pastinya perlawanan Grand Finals lebih dramatik," katanya.
Yawi Echo ditanya mengenai cara meraikan kemenangan mereka ketika bertemu ONIC ESPORTS adakah bersifat peribadi atau tidak?
"Kami gagal mengawal emosi ketika itu sejurus perlawanan dan ianya berlaku kerana kecaman daripada peminat ONIC ESPORTS yang berada di sini," katanya.
Adakah pasukan ECHO PH sudah menemui rencah atau ramuan untuk menumpaskan pasukan Indonesia? Adakah yang perlu dilakukan mereka untuk mengalahkan kekalahan ini?