
M4: TODAK 'MENGERIKAN' DI PERINGKAT KUMPULAN!
Itulah ungkapan yang dikatakan oleh RRQ Hoshi, R7 berkenaan soalan yang ditanya mengenai prestasi pasukan TODAK pada peringkat kumpulan.
Seperti yang diketahui, pertemuan kedua pasukan ini seperti El Clasico kerana kedua-dua pasukan ini sudah ditakdirkan bertemu di setiap perlawanan antara bangsa.

Menurutnya, kemenangan pasukan TODAK diperingkat kumpulan itu sedikit sebanyak mengusarkan pasukannya tetapi itu perlawanan 'best of one'.
"Memang mereka berbeza daripada sebelum ini dan pasti mereka ada menyimpan rahsia untuk bertemu kami.
"Peringkat Playoffs ini berbeza dan akan bermain 'best of 5' dan pastinya berbeza dari peringkat kumpulan, katanya.
Tiket perlawanan antara TODAK dan RRQ HOSHI dijangka 'sold out' kerana perlawanan tumpuan pada esok hari.