MLBB: Leixia Senjata Rahsia Todak untuk MPL Invitational.

Posted by Nadzreen on November 1, 2021

Pengumuman barisan pemain pasukan Todak untuk MPLI baru-baru ini memberikan pelbagai reaksi daripada peminat apa pasukan itu membuat kejutan dengan 'meminjam' pemain RSG MY Leixia.

Walaupun prestasinya sedikit merudum pada musim ini, namun dengan pengalaman dan corak permainannya luar biasa khidmatnya ditagih pasukan Todak.

MPL Invitational akan berlangsung pada 2 November ini di mana pasukan Todak, pasukan Orange dan SMG juga akan mengikuti MPL Invitational diikuti dengan beberapa pasukan daripada Indonesia, Singapura, Kemboja dan Filipina.

Dipinang Todak


Bagi Leixia dia tidak menjangkakan akan dipinjamkan ke pasukan Todak untuk MPLI kerana prestasinya kurang memberangsangkan.

"Ciku menghantar satu mesej di Whatsapp dan bagitahu Todak nak saya hubungi mereka untuk MPLI.

"Ketika itu saya tengah stream dan ciku masuk dalam live saya dan bagitahu sebelum pihak pengurusan RSG membuat rundingan dengan Todak mengenai perkara inj," katanya ketika ditemui.

Tekanan Dan Harapan Tinggi

Baginya, dia merasa agak sedikit tertekan kerana harapan pasukan Todak begitu tinggi dan berharap agar memperoleh kemenangan.

"Setiap pasukan mahukan kemenangan dan tiada yang mahu kekalahan. Mendapat tempat kedua pun tiada siapa yang ingat.

"Tekanan memang ada kerana ini kali pertama bermain bersama Todak dan harapan mereka terhadap saya begitu tinggi. Walaupun saya hanya pemain pinjaman saya perlu membuat yang terbaik," katanya.

Persiapan MPLI


Leixia berkata dia kini menetap di Gaming House Todak untuk bersama pasukan Todak melakukan latihan persediaan.

"Apa yang saya boleh katakan cara latihan di Todak dan RSG sangat berlainan dan mereka di sini sangat membantu saya.

"Kita tahu semua pemain Todak sangat berbakat dan saya sangat teruja ketika berlatih bersama. Kami berkongsi pengalaman bersama,"katanya.

Peluang Dan Luaskan Pengalaman.


Dia berkata, peluang untuk bermain MPLI ini adalah peluang yang tidak boleh dilepaskan.

"Banyak yang saya perlu belajar lagi dan perkara ini adalah satu peluang untuk saya meraih pengalaman daripada pasukan lain.

"Saya akan lakukan yang terbaik dan akan mengharumkan nama negara dan nama kedua-dua pasukan,"katanya.

Kata-kata Dari Pemain RSG MY.

Sudah semestinya mereka menyokongnya kerana mereka tahu dengan peluang ini pemain itu akan lebih berjaya.

"Mereka kata buktikan kelebihan saya cakap jangan lupa jalan balik," katanya.

Dengan kemasukkan Leixia sebagai pemain pinjaman, mungkin akan memberi impak yang berlainan kepada pasukan itu. Lexia yang merupakan core yang diminati ramai semestinya boleh mengikuti rentak permainan Todak di MPLI nanti.

Sebagai seorang Jungler, Leixia bakal menunjukkan bakat bersama pasukan Todak untuk mendapat gelaran juara bagi MPLI 2021.

Sorotan

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)