MLBB: Makdi dan Ombong 'Taruhan' Homebois MPLMYS10

Posted by Nadzreen on Julai 27, 2022

Dua nama yang tidak asing dalam Mobile Legends, Makdi dan Ombong akan menggegarkan MPLMYS10 musim liga yang akan bermula 5 Ogos ini.

Dua pemain ini boleh dikatakan 'Otai' mampu memberikan kejutan kepada pasukan yang akan berentap dalam temasya kali ini.

Jangan dikejut harimau sedang tidur! Mungkin inilah masa yang tepat bagi pasukan Homebois untuk membuktikan pasukan mereka juga mampu memberi tentangan pada musim liga ini.

Turut berada dalam senarai pemain adalah AUL sebagai Gold Lanner dan juga pemain baru XPDEA sebagai Roamer.

Musim lalu, pasukan Homebois menghadapi hukuman dikenakan kepada pasukan mereka dengan mengalami penolakan mata pada awal musim liga.

Rata-rata peminat MLBB juga sudah boleh menghidu agenda pasukan yang melakukan persiapan pada temasya kali ini.

Sorotan

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)