MLBB: MPLMYS10 MUSIM LIGA BAKAL MEMBUKA TIRAI 5 OGOS!

Posted by Nadzreen on Julai 25, 2022

Hampir kesemua pasukan sudah mengumumkan senarai pemain yang akan beraksi pada MPLMYS10.

Ada pasukan masih mengekalkan pemain lama dan ada juga pasukan membawa masuk pemain dari luar untuk memberikan aksi bertenaga pada musim kali ini.

Adakah kelainan yang akan dilihat pada musim liga kali ini? Jika dilihat pada musim terdahulu pasukan Todak merupakan Juara MPLMYS9 dan Orange Esport pula memenangi naib jura.

Pada musim ini pendatang baru Team Lunatic dijangka akan membuat kejutan pada pasukan 'Otai' yang pastinya tidak boleh dikalahkan oleh pasukan 'underdog' ini.

Pemain bekas pasukan Orange Esports juga yang kini membawa nama pasukan mereka sendiri, Team Haq antara pasukan yang dilhat semakin matang dalam kejohanan besar sebegini.

Antara pemain yang akan diberi perhatian antaranya seperti pemain Todak Rival dan pemain dari SMG, Hate berasal dari Filipina.

Sorotan

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)