MLBB: Pabz, Minn, Mann, Garyy dan Lolla jadi rebutan?

Posted by Nadzreen on Jun 28, 2022

Desas desus mengenai ke mana hala tuju empat pemain dan jurulatih Team Haq kini menjawab apabila menyatakan hasrat untuk kekal bersama Team Haq.

Sejurus selepas MSC2022 baru-baru ini, empat pemain dan jurulatih Team Haq, Pabz, Minn, Mann dan Lolla menamatkan 'tugasan' mereka bersama Orange Esports.

Walaupun menerima beberapa tawaran daripada pasukan yang akan beraksi di MPLMYS10 mereka masih ingin bersama dan tidak mahu berpecah.

Jurulatih Team Haq, Pabz berkata, tawaran berkenaan tertuju berasingan pada setiap pemain dan dirinya daripada pelbagai pasukan.

Foto: FB Team Haq Esports

"Kami selesa bersama dan peluang beraksi di MSC2022 baru-baru ini membuka lagi peluang untuk kami belajar daripada kesilapan.

Kini Team Haq sedang membuka 'tryout' untuk mencari 'Gold Laner' bagi menguatkan lagi pasukan mereka untuk beraksi pada kelayakan MPLMYS10.

"Kami menerima lebih daripada 50 pemain untuk mendaftar tryout ini dan ada pemain yang pernah bermain MPL dan turut mendaftar.

"Tiada 'pintu belakang' untuk pasukan ini memilih pemain berkenaan. Kami mahukan pemain yang 'banyak mulut' ketika bermain dan mempunyai pemain yang tinggi," katanya.

Dia berkata, peringkat kelayakan pastinya pasukan seperti Geeks Fam dan MAB Esports akan memberikan saingan.

"Tidak dinafikan dua pasukan ini akan menjadi pasukan tumpuan dan pasukan dari tier-2 juga tidak boleh dipandang rendah.

"Cara permainan dan mekanik mereka sama sahaja apa yang membezakan mereka mampu menerima tekanan mental dan fizikal pada ingatan kelayakan itu nanti," katanya.

Sorotan

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)