MLBB: PASUKAN MALAYSIA JADI PILIHAN JURULATIH DAN ANALISIS DARI FILIPINA?

Posted by Nadzreen on Januari 17, 2023

Sedang berlegar khabar angin jurulatih dan analis dari Filipina sedang dirisik oleh pasukan Malaysia sejurus tamatnya kejohanan dunia MLBB (M4) baru-baru ini.

Kemampuan jurulatih dan analis dari negara itu tidak dapat disangkal apabila negara jiran kita, Indonesia juga sudah mendapat khidmat dari mereka.

Hasil pengambilan jurulatih dan analisis itu juga menunjukkan banyak peningkatan pada corak permainan dan mekanik pemain dari Indonesia walaupun mereka disingkirkan pada braket akhir bawah.

Adakah ini akan menjadi berita gembira buat peminat MLBB Malaysia selepas kegagalan pasukan kita untuk berada dalam top 4 di M4.

Bukan untuk menidakkan kemampuan dan kredibiliti jurulatih, analis kita tetapi ada yang mengatakan mereka terlalu lembut dengan pemain.

Atau pemain kita mempunyai sindrom 'Superstar' dalam diri sehingga tidak mahu mendengar arahan daripada jurulatih dan analis?

Nantikan susulan artikel seterusnya mengenai pandangan jurulatih luar mengenai jurulatih dari negara kita.

Sorotan

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)