
MLBB: "SAYA KURANG BERSETUJU DENGAN PENYERTAAN DARI NEGARA LAIN!" IKUTO.
Itu luahan Ikuto atau Radzi Rahman, Pengurus Pembangunan E-Sukan Todak mengenai penyertaan pasukan daripada pihak lain yang akan beraksi di MSC2023 selepas pengumuman daripada pihak Moonton.
"Hilang eksklusif pertandingan, yang sepatutnya bertanding adalah pasukan dari rantau Asia Tenggara dan jika benua lain juga akan hilang serinya," katanya.

Menurutnya, Malaysia juga turut kehilangan satu slot yang semestinya memberi tamparan buat pemain dan pasukan.
“Kemasukkan pasukan dari benua lain juga mampu memberikan tentangan besar buat pasukan tanah air dan akan memberi tekanan kepada pemain.
"Nama pertandingan ini perlu diubah dan bukanya MSC2023 lagi kerana sudah tidak relevan apabila pasukan dari luar negara menyertainya," katanya.
Walau bagaimanapun, dia akur dengan keputusan itu dan MPL Malaysia hanya mendapat satu slot memandangkan perkara itu lebih positif untuk meningkatkan pasukan Malaysia.
"Bila mengetahui perkara itu, saya memandang positif dan musim ini pasti akan lebih sengit. Pastinya semua pasukan akan bermain lebih bersungguh pada musim ini untuk menjadi juara dan layak ke MSC2023," katanya.