MLBB: "Tak Nak Pisang Berbuah Dua Kali", Abang Lord MAB Esports!

Posted by Nadzreen on Jun 30, 2022

Tidak mahu perkara sebelum ini berlaku lagi. Itulah luahan Pengasas MAB Esports, Abang Lord atau nama sebenarnya Danial Aizat Rames Abdullah, 47, berkenaan perkembangan pasukannya yang akan beraksi pada peringkat kelayakan MPLMYS10 tidak lama lagi.

Pasukan Persediaan yang masih belum lengkap dengan tanda tanya siapakah pemain yang akan bermain pada peranan Jungler.

Pencarian role Jungler buat pasukan itu masih dijalankan sehingga hari ini.

"Buat masa sekarang, masih tiada lagi pemain yang memainkan peranan Jungler ini melepasi 'standard' yang diingini.

"Tak nak jadi macam dulu. Saya mencari pemain yang betul-betul mempunyai 'standard' MPL," katanya.

Kelmarin, kecoh mengenai bekas pemain Todak, Muhammad "Ajiq" Amirul Raziq atau Ajiqtusok yang di lihat berada di gaming house MAB seperti 'petanda' bakal bersama pasukan ini.

Ujarnya, kehadiran pemain berkenaan adalah mencuba tryout yang diadakan selama tiga hari.

"Ajir, ejen percuma dan dia datang untuk mencuba. Adakah pemain yang akan melengkapkan pemain MAB masih dalam percubaan sehingga esok," katanya.

Menurutnya, dengan kehadiran jurulatih baru ini akan ada kelainan yang akan ditonjolkan.

"Coach masih dalam keadaan menyesuaikan diri dan sudah menjalankan tugas yang diberikan untuk pasukan," katanya.

Selain itu, ditanya siapa yang akan menjadi pesaing buat pasukan MAB Esports pada peringkat kelayakan ini jawapan adalah Team Haq Esports.

"Empat pemain mereka merupakan bekas pemain untuk pasukan Orange Esports yang berjaya ke MSC2022 baru-baru ini dan mereka merupakan pesaing utama selain daripada pasukan Geeks Fam," katanya.

Sorotan

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)