MLBB: Uncle Chikanook Merajuk?

Posted by Nadzreen on Julai 13, 2022

Siapa yang tidak kenal dengan Uncle Chikanook seorang yang peramah dan gemar berkongsi ilmu dengan sesiapa sahaja yang ingin mengetahui mengenai e-Sukan.

Baru-baru ini, Uncle Chikanok melepaskan jawatannya dalam pasukan Red Esports untuk berehat seketika daripada industri e-Sukan.

Bukan kerana merajuk atau alasan lain, tetapi hanya ingin berehat seketika setelah hampir 4 musim bersama pasukan Red Esports.

Menurutnya, dia dan pasukan Red Esports seperti isi dan kuku, keakraban seperti keluarga.

“Mereka cuba juga untuk pujuk uncle supaya jangan berhenti tapi uncle perlu masa berehat.

"Fans ramai terkejut dengan keputusan uncle ini, tapi ini yang uncle mahukan," katanya.

Dia berkata mahukan rehat bersama keluarga dan ingin membina kembali jenamanya dalam apa jua bidang yang berkaitan.

“Uncle bukan diam saja, uncle berehat dan ingin menaikkan jenama dan page gamer uncle sendiri.

“Tak ada merajuk ke apa, uncle nak masa juga untuk keluarga dah lama tak rehat,” katanya.

Uncle said, dia mahukan lebih dari ini dan sekiranya ada rezeki dia mahu menjadi pengulas sukan juga.

"Nak jadi 'talent' yang boleh buat macam-macam dan ini juga salah satu impian uncle," katanya.

Ditanya adakah dia akan kembali? Ini jawapannya.

"Sudah semestinya dan jangan risau uncle akan kembali jua," tawa kecilnya.

Sorotan

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)