MLPMY10: Selayaknya Tercatat Dalam Malaysia Book Of Records!

Posted by Nadzreen on September 14, 2022

Ramai yang bertanyakan dan ingin bermain video Mobile Legends; Bang Bang diiktiraf oleh MBR kerana pencapaian mereka dalam penganjuran Liga Profesional Paling Lama Dalam Sejarah E-Sukan Malaysia.

Memasuki tahun ke-10, liga ini sentiasa menjadi pilihan peminat mereka yang menanti setiap musim siapa yang akan menjuarai liga berkenaan dan lebih 100 pemain profesional dilahirkan.

Dengan sokongan peminat Mobile Legends sentiasa bersama walaupun ketika kita menghadapi Pendemik Covid-19, liga MPL masih dijalankan secara dalam talian dan memberikan satu kesan baru kepada industri E-Sukan.

Setiap musim akan ada kelainan yang dibawakan untuk memberi 'nafas baru' pada setiap musim. Gosip dan drama tidak boleh dipisahkan dan ia memberikan keterujaan kepada peminat dan juga pemain apa yang berlaku di belakang tabir.

Liga kejohanan ini juga memberi peluang kepada anak muda untuk menceburi bidang pemain profesional yang dahulunya sering mendapat tentang pelbagai pihak.

Laphel dan Icybaby12 turut memberikan pandangan mereka terhadap kelayakkan MPLMY mendapatkan MBR.

Artha, Sunfrost & Sith turut memikirkan perlu ke tak perlu nak raikan apabila MPL di kenali? Nak tahu kena tonton di Tiktok eGG Network.

Sorotan

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)