Mobile Lagend: 16 pasukan lengkapkan 'BURUAN' Kejohanan Dunia Mobile Legends M3

Posted by Nadzreen on Oktober 25, 2021

Adakah anda sudah bersedia peminat-peminat MLBB? Kejohanan Dunia Mobile Legends M3 pastinya akan menjanjikan kelainan buat penonton dari seantero dunia.

M3 akan mengumpulkan 16 pasukan bertarung untuk meraih gelaran juara serta wang hadiah lumayan terkumpul sebanyak AS$800 ribu (RM3.3 juta) pada bulan Disember ini.

Semalam, merupakan penutup bagi peringkat grand final MPL PH dan MPL ID musim kelapan semalam, menyaksikan Onic Esport, RRQ Hoshi, Blacklist International dan Onic PH melengkapkan 16 pasukan yang bakal bersaing pada M3.

16 Pasukan Bersaing Dalam M3

  1. Team SMG Juara MPL MY musim kelapan
  2. Todak Naib juara MPL MY musim kelapan
  3. Red Canids Juara MPL Brazil musim pertama
  4. Vivo Keyd Naib juara MPL Brazil musim pertama
  5. EVOS SG Juara MPL SG musim kedua
  6. RSG SG Naib juara MPL SG musim kedua
  7. SeeYouSoon Juara MPL KH musim pertama
  8. BloodThirstyKings Juara pusingan kelayakan M3 Amerika
  9. Akatsuki Juara Arabia Major M3
  10. Malvinas Gaming Juara Kejohanan Latam 2021
  11. Deus Vult Juara Liga Mythic Mobile Legends CIS
  12. Bedel Juara Kejohanan Mobile Legends Turkey 2021
  13. ONIC Esports Juara MPL ID musim kelapan
  14. RRQ Hoshi Naib juara MPL ID musim kelapan
  15. Blacklist International Juara MPL PH musim kelapan
  16. ONIC PH Naib juara MPL PH musim kelapan

Juara MPL MY S8 Team SMG dan Naib juara Todak dijangka akan bertemu dengan saingan yang lebih hebat kali ini antaranya lawan dari negara, Timur Tengah, Amerika dan Amerika Latin.

Jika dilihat daripada prestasi yang ditonjolkan pasukan tanah air mempunyai peluang cerah dan mampu menjadi juara buat pertama kali di M3.

Terdahulu, pasukan EVOS Legends pernah menjadi juara untuk M1 manakala Bren Esports untuk M2.

Sorotan

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)