MPLMYS10: Caracal 'Sauk' D'Ace, Eavy Dan Aj; Born 'Berehat' Dah Habis!

Posted by Nadzreen on Ogos 25, 2022

Minggu ke-4 bakal dibuka esok hari, lima pemain diumumkan ketika jendela perpindahan masih dibuka.

Tiga pemain D'Ace, Eavy dan Aj kini bersama dengan pasukan baru mereka, Caracal dilihat mampu meneruskan perjalanan pasukan berkenaan yang kelihatan agak 'tempang' sepanjang tiga minggu ini.

Seperti diketahui minggu ini dan seterusnya merupakan minggu penting buat semua pasukan untuk memastikan mereka berjaya ke peringkat Playoffs nanti.

Semua pasukan dilihat masih berpontensi untuk melayakkan diri kerana perbezaan mata tidak terlalu jauh dan minggu ini sudah pastinya akan menjadi penyuntik buat mereka untuk meneruskan perjuangan.

Pemain Orange Esports, Born kini habis berehat dan sudah pasti pasukan Orange Esports 'pening kepala' kerana pasukan ini sedang 'win streak' dan adakah mereka akan menukar barisan pemain yang konsisten?

Adakah dengan kembalinya Born menjadi perdebatan antara pasukan Orange Esports atau akan ada kejutan yang mereka akan lihat kepada semua peminat MLBB.

Sorotan

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)