MPLMYS10: 'HATE' pemain pertama Filipina berkelana di Malaysia!

Posted by Nadzreen on Julai 17, 2022

Desas desus mengenai pemain yang akan beraksi bersama pasukan SMG kini terjawab apabila pasukan itu memberitahu pemain baru dari Filipina akan bersama mereka pada MPLMYS10.

Pasukan SMG turut turut melepaskan Stormie, Subway, Lyzerg, Wynn dan XpDEA untuk membentuk pasukan baru.

Ternyata musim ini pemain Filipina berkelana luar dari negara mereka yang dipercayai menerima tawaran lumayan dari pasukan asing.

Rata-rata pemain Filipina mula mendapat perhatian pasukan dari luar dan beberapa pemain turut berkelana ke pasukan Indonesia.

Benci atau nama sebenarnya Jaylord Gonzales sudah pun menandatangani kontrak bersama pasukan SMG dan akan beraksi pada musim liga yang dijangka akan bermula awal bulan 8 ini.

Adakah kemasukan pemain dari Filipina ini akan membantu pasukan bekas juara MPLMYS8 ini bagi melayakkan diri ke Playoffs?

Ini menunjukkan pasukan dari Malaysia juga mampu mendapatkan pemain luar kerana bakat mereka yang ditagih.

Sorotan

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)