MPLMYS10: "Kalau Patah Sayap Rajawali, Bertongkat Jua Kanda Kemari," Dato' M Nasir!

Posted by Nadzreen on Julai 28, 2022

Itulah antara dialog istimewa Dato M.Nasir yang sering menjadi peminatnya dalam filem Puteri Gunung Ledang.

Namun apa yang menggemparkan industri e-Sukan hari ini adalah dengan pengumuman daripada RSG Malaysia apabila memuatnaik status Selamat datang kepada salah seorang pemain flex role kami Dato' M Nasir dan gambar seniman terkenal itu akan bersama pasukan RSG Malaysia MLBB pada musim kali ini.

Dengan menggunakan IGN Sifu sudah pasti rata-rata peminat tidak sabar dengan pendedahan daripada pasukan RSG Malaysia.

Penglibatannya pada dunia seni, seorang lagenda, seorang ikon negara, dan sekarang, sebagai pemain MLBB RSG sudah pasti mampu membuka mata pelbagai pihak.

Lagu MENTERA SEMERAH PADI! sememangnya sinonim dengan semangat juang seorang pahlawan yang ingin menewaskan musuh mampu memberi semangat kepada semua pemain yang akan beraksi pada musim ini.

Sorotan

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)