MPLMYS10: Perjalanan Team Suhaz Dan Team Caracal Terhenti!

Posted by Nadzreen on September 26, 2022

Berakhirnya Musim Liga MPLMYS10 semalam, di mana dua pasukan tidak dapat meneruskan perjalanan mereka ke peringkat Playoffs.

Dua pasukan itu, Suhaz Esports dan Team Caracal tersingkir dengan kutipan mata yang rendah dengan kekalahan yang banyak diperolehi.

Berdasarkan prestasi prestasi kedua pasukan tidak menunjukkan sebenar mereka walaupun beberapa pemain baru dimasukkan pada jendela perpindahan dibuka.

Namun pujian harus diberikan kepada mereka kerana mempamerkan semangat juang yang tinggi dan tidak mudah putus asa.

Tiada jalan singkat dan mudah buat kedua-dua pasukan berkenaan yang sepatutnya memperbaiki lagi corak permainan dan strategi bagi mengharungi musim hadapan.

Peringkat Playoff akan bermula pada 13 Oktober ini di mana 8 pasukan akan berentap untuk bergelar Juara Mplmys10.

Sorotan

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)