MPLMYS10: Rekod Winstreak Orange Esports 'Dipadam' Team Haq!

Posted by Nadzreen on September 18, 2022

Pertembungan bekas pemain Orange Esports yang juga pemain Team Haq dan pemain asal Orange Esports membuktikan kedua pasukan itu tidak mudah untuk memberikan kemenangan kepada pasukan mana-mana.

Pasukan Orange Esports dengan rekod Winstreak terpaksa akur apabila rekod itu dilenyapkan oleh pasukan Team Haq yang sebelum ini mengalami kekalahan kepada pasukan Homebois.

Perlawanan pertama antara kedua pasukan dimenangi pasukan Team Haq manakala perlawanan kedua pasukan Orange Esports bangkit untuk mengekalkan perlawanan penentuan.

Pemain Team Haq Minn berkata, perlawanan kedua pasukan mereka boleh menamatkan perlawanan namun pasukan Orange Esports bangkit pada perlawanan itu.

"Kita hanya bagi 'Seru' untuk permainan ketiga (penentuan) dan ternyata rezeki berpihak kepada kami," katanya.

Sorotan

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)