MPLMYS10: Stormie Bukan Cuman!

Posted by Nadzreen on Ogos 12, 2022

Persembahan yang menakjubkan daripada pemain Orange Esports, Stormie apabila berjaya mendapat dua MVP pada perlawanan menentang Red Esports.

Apa yang dimaksudkan dengan 'Cuman' adalah perkataan dari Indonesia yang bermaksud cuma tahu satu hero yang sering dilemparkan kepada pemain itu.

Menurutnya, pemilihan hero Grock dan Cecilion memberikan dia peluang membuktikan dia juga mampu bermain hero lain.

"Ternyata pemilihan hero itu membuahkan hasil dan memberi kami kemenangan walaupun pada perlawanan pertama," katanya.

Perlawanan hari pertama minggu kedua antara Orange Esports dan Red Esports berkesudahan 2-1.

Sorotan

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)