MPLMYS10: Team SMG 'Bangkit' selepas aksi merudum!

Posted by Nadzreen on September 19, 2022

Jelas kemenangan menentang Homebois memberikan mereka sinar untuk mendapatkan tempat ke Playoffs MPLMYS10.

Menurut Zaim Sempoi, berkata, pasukan mereka mengalami masalah prestasi merudum kerana masalah antara mereka yang sering mempunyai percanggahan pendapat.

"Tidak dinafikan kami mengalami masalah dari diri sendiri, dan untuk minggu ini kami perlu melakukan sesuatu dan ia berjaya," katanya.

Dia berkata, minggu ini dengan pengambilan Kadita dan Johnson adalah percubaan mereka ketika bermain Brawl.

"Ianya menjadi dan pengambilan hero itu membuahkan hasil dan kami meneruskan momentum itu pada perlawanan kedua," katanya.

Ditanyakan mengenai pengiktirafan Malaysia Book Of Records kepada kejohanan musim liga MPL yang merupakan liga paling panjang diadakan di Malaysia.

"Saya berasa bangga dan sebagai pemain profesional ianya satu perkara baik buat kami malah akan lebih dikenali oleh pelbagai lapisan masyarakat," katanya.

Sorotan

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)