MPLMYS10: Todak, Orange Esports, Team Haq, dan Homebois Di 'Upper Bracket' Playoffs!

Posted by Nadzreen on September 26, 2022

Musim liga MMPLMYS10 sudah melabuhkan tirainya di mana pasukan Todak Juara di Kumpulan A dan Orange Esports juara di pasukan B.

Ditempat kedua pula bagi kumpulan A dan B ialah pasukan Team Haq dan Homebois yang jarak perbezaan antara juara tidak begitu jauh.

Keempat-empat pasukan ini akan berada di upper bracket pada Playoffs dan sudah semestinya mereka tidak mahu kalah dan turun ke lower bracket.

Todak menjuarai pasukan A tewas pada juara pasukan B Orange Esports pada perlawanan terakhir 2-1.

Orange Esports menunjukkan kematangan mereka pada musim ini selepas hanya dua kali pada musim ini, manakala pasukan Todak merupakan satu-satunya pasukan dua kali menjuarai MPL.

Team Haq pula merupakan pendatang baru namun pemain mereka pernah dipinjamkan pasukan Orange Esports musim lepas membuktikan mereka adalah pasukan yang sukar ditewaskan.

Homebois pula mempunyai pemain seperti Chibii dan Sepat mengucar kacirkan pihak lawan dan corak permainan mereka juga berbeza daripada pasukan lain.

Pasukan mana yang akan kekal di upper braket dan pasukan mana yang akan 'ditendang' ke lower braket?

Sorotan

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)