
MPLMYS11: MUSIM LIGA BAKAL MEMBUKA TIRAI; PASUKAN MANA YANG AKAN MENYERLAH MINGGU PERTAMA?
BERBAKI tiga hari saja lagi, tirai musim liga MPLMYS11 akan dibuka dan kesemua pasukan sudah melengkapkan barisan nama pemain bersama barisan kejurulatihan.
Pasukan terakhir mengumumkan barisan pemain mereka adalah pasukan SECRET yang mendapat slot selepas pasukan Orange Esports mengundurkan diri.
Musim ini dilihat kebanyakan pasukan mengambil pemain dan jurulatih dari Filipina untuk memberikan saingan.
Hanya pasukan Yoodo Red Giant dan Madness Gaming sahaja yang menggunakan pemain tempatan.
Pasukan Todak membuat kejutan dengan memenuhi slot pemain dan akan melakukan rotasi pemain berdasarkan prestasi pemain.
Kembalinya pemain OG pada musim kali ini, Soloz membuat kejutan dengan kembali untuk beraksi bersama pasukan HomeBois.
Ada yang mengatakan kemasukannya hanya sekadar strategi pemasaran namun dakwah itu disangakal oleh pemilik HomeBois Daddyhood yang menyatakan Soloz akan beraksi bukan sekadar 'pemasaran'.
Bekas juara, pasukan HAQ juga sudah menyediakan pasukan mereka dengan kemasukan pemain Filipina dan pemain harapan mereka Garry membuat 'U Turn' selepas didakwa ingin melanjutkan pelajaran.
Pasukan RSG MY, membawa masuk Rippo ke dalam pasukan yang sebelum ini dikatakan dirisik pasukan Todak.
Pastinya musim kali ini akan menjadi lebih sengit dan kesemua pasukan akan memberikan persembahan terbaik mereka.
Juara MPLMYS11 akan mewakili Malaysia ke MSC2023 dan pasukan mana yang akan bergelar juara!