
MPLMYS11: "SAYA AKAN BERMAIN TAPI BUKAN SETIAP PERLAWANAN!" MAHARAJA SOLOZ
Tanda tanya siapa pemain ke-6 pasukan Homebois akhirnya terjawab apabila satu video dimuatnaik melihat barisan pemain MLBB dan PUBGM di Youtube mereka sebentar tadi.
Dalam beberapa minit terakhir kemunculan Soloz dalam video itu dengan kehadiran menaiki Vespa dan menyaksikan pemain yang mengalami kecederaan ketika bermain futsal.

Menurutnya, jangan menetapkan harapan yang terlalu tinggi padanya kerana dia hanya pemain gantian untuk pasukan HOMEBOIS.
"Saya pun jarang turun latihan dan saya pun hanya pemain simpanan, hanya simpanan mana main sangat," katanya.
Dalam satu podcast Daddyhood bersama Analyst HOMEBOIS Saiful yang memberi gambaran siapa yang akan menjadi pemain ke-6 adalah Soloz kerana ciri-ciri pemain itu.
Di dalam podcast itu juga, Saiful mendakwa Soloz banyak bertanya apakah hero yang bagus dalam patch terkini memberi gambaran Soloz sedang melakukan persiapan.