MSC2022: "Kekerapan Dan Kesalahan Perubahan 'Role' Punca Todak Tewas", -Falcon-

Posted by Nadzreen on Jun 17, 2022

Bukan rezeki Todak untuk melangkah ke peringkat lower bracket suku akhir selepas tersingkir daripada pertandingan dengan kekalahan 3-1 keatas Falcon.

Pujian harus diberikan kepada pemain Todak yang memberikan tentangan untuk membuat 'Comeback' pada perlawanan ketiga sebentar tadi.

Namun perjalanan mereka terhenti di sini, namun ianya bukan satu tanda mereka tidak akan bangkit semula.

Menurut Kenn Falcon, punca kekalahan Todak adalah mempunyai masalah dengan perubahan 'role' terlalu kerap menyebabkan mereka hilang arah.

"Pengunaan dua tangki kami Akai dan Franco memberikan kami ruang untuk menangkis serangan Todak" katanya.

Perlawanan Pertama

Memberikan hero Franco kepada pasukan Falcon bukan satu keputusan yang wajar kerana penggunaan hero Franco pada tema ini sangat luar biasa.

Jika ada hero Franco dipilih mana-mana pasukan mereka akan menang.

Perlawanan Kedua

Penggunaan Johnson dan Kadita memberikan kelebihan kepada kombo daripada kedua hero ini membuktikan mereka akan langgar hero lawan.

Dan terbukti mereka menggunakan kelebihan itu dengan mendatangkan kesan buruk.

Perlawanan Ketiga

Perlawanan penentuan buat pasukan Falcon untuk mencapai kemenangan 3-0 dihalang Todak dengan kebangkitan mereka.

Perlawanan berlanjutan sehingga minit 30 dan Todak mendapat kemenangan yang sedikit sebanyak memberikan harapan kepada peminat tanah air.

Perlawanan Keempat.

Kebangkitan Todak disekat dengan corak permain displin pasukan Falcon tidak mampu memberi ruang kepada pasukan tanah air.

Jelas pasukan Falcon lebih bersedia untuk bermain selepas ini bertemu pasukan Orange Esport atau Smart Omega.

Sorotan

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)