MSC2022: Menyekat Franco Dan Claude Diambil RRQ HOSHI Adalah 'Kunci' Kejuaraan!

Posted by Nadzreen on Jun 21, 2022

Rata-rata masih belum boleh melupakan perlawanan akhir antara RSG PH dan RRQ HOSHI yang menjadi tanda tanya apakah yang berlaku kepada pasukan RRQ HOSHI.

Menghalang pemain daripada mengambil hero kegemaran mereka adalah faktor utama untuk membuat pasukan RSG PH.

Menurut Demonkite berkata, Franco dan Claude merupakan pemain kegemaran pasukan RRQ HOSHI dan ternyata melakukan 'ban' kepada dua hero ini mereka mati akal.

"Vyn hanya mampu bermain hero Franco jadi dengan menghalang pengambilan hero berkenaan memberikan kami untuk melakukan perlawanan.

"Kami belajar di 'upper bracket' dan kami sedari Franco dan Claude mereka sangat kuat dan kami yakin boleh menewaskan mereka di final.

Dia berkata, mereka (RRQ HOSHI) bermain sangat baik namun bukan rezeki mereka untuk menjadi juara.

RRQ HOSHI Skylar tidak memberi peluang untuk mendapatkan hero Claude dan corak permainannya agak berlainan.

Sorotan

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)