MSC2022: Orange Esports 'Sertai' Todak ke Playoffs

Posted by Nadzreen on Jun 12, 2022

Hari ini merupakan hari kedua untuk MSC2022 peringkat kumpulan di mana pasukan Orange Esport bertemu pasukan dari

Pada perlawanan pertama pasukan Orange Esport memulakan perlawanan dengan agak perlahan mungkin kerana ingin melihat kemampuan pasukan lawan.

Di tengah perlawanan mereka mula menunjukkan corak permainan yang sebenar dan turut membuat pihak lawan hilang arah seketika.

Namun pasukan Impunity terpaksa akur dengan dominasi pasukan Orange Esport hilang lewat perlawanan hingga terpaksa akur.

Di perlawanan kedua pasukan Orange Esport bermula garang namun pasukan Impunity sudah mula menampakkan corak permainan pasukan lawan dan berjaya mendapat kemenangan.

Diperlawan menentang Evos SG, pasukan Orange berjaya mendapatkan hero Wanwan di kedua-dua perlawanan yang juga hero kegemaran Valenz memberikan kelebihan kepada mereka.

Ternyata pasukan Orange Esports mahukan kemenangan dan bermain secara berdisplin sehingga memperoleh mata penuh.

Pasukan Orange Esports berjaya mendapat 4 mata dan berjaya melayakkan diri ke Playoffs.

Pasukan mana yang bakal Todak dan Orange Esports akan bertemu pada playoff Selasa ini?

Sorotan

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)