MSC2022 PLAYOFFS: Orange Esport Kecundang Di Tangan RSG PH!

Posted by Nadzreen on Jun 16, 2022

Kesilapan kecil boleh mengubah segalanya. Itulah yang berlaku dalam perlawanan antara Orange Esports menentang RSG PH sebentar tadi.

Namun satu pujian harus diberikan kepada mereka kerana berjuang sehabis baik.

Permainan yang pertama tanpa pengunaan mm jelas pasukan Orange Ingin bermain agresif pada awal permainan. namun dengan pengalaman pemain RSG mereka menggunakan Akai dan Franco yang sering mengacam pihak lawan.


Jelas tanpa Marksman Orange sukar untuk memulihkan keadaan dan mereka bertahan sehingga akhir perlawanan.

Pasukan RSG PH melakukan serangan demi serangan dengan tarikan hook Franco yang sentiasa mengena pihak lawan.

Pertahanan yang dilakukan oleh pasukan Orange juga sangat baik apabila RSG menyerang mereka. Valenz dengan pengunaan Helcurt berjaya memberi tekanan kepada pasukan RSG PH sebelum mereka memenangi kemenangan pertama.

Perlawanan kedua Orange Esports hampir mendapat kemenangan namun jelas pengalaman mengatasi corak permainan pasukan tanah air.

Gary mendapat hero kegemarannya namun kesilapan sedikit berlaku padah. Valenz dengan pengunaan Maskov menyingkirkan lawan Dan minion dibahagian 'experience lane'.

Penguasaan di awal permainan gagal digunakan sebaik mungkin dan memberikan ruang RSG PH melalui permainan.

Pengunaan Ruby Light menarik pihak lawan dan memberikan pasukannya ruang untuk melakukan serangan.

Apa yang boleh dikatakan kesilapan sedikit boleh mengubah segalanya.

Perlawanan ketiga, ternyata RSG PH mendominasi perlawanan dan mereka sukar untuk dikalahkan dengan penggunaan hero Chow yang melakukan pergerakkan Karina sukar untuk membalas serangan mereka.

Orange akan bermain di lower braket selepas ini dan akan menentang Smart Omega.

Sorotan

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)