MSC2022 Playoffs: Orange Esports ucap 'Selamat Tinggal' buat MSC2022.

Posted by Nadzreen on Jun 17, 2022

Kalah dan menang itu adat permainan walaupun sukar untuk diterima buat pemain mahupun peminat.

Namun pujian harus diberikan kepada mereka kerana memberi tekanan kepada pihak lawan.

Menurut pengurus pasukan Omega, Anthony Dennis Senedrin berkata pasukan dari Malaysia sangat kuat dan mereka mempunyai Meta yang serupa dengan pasukan Filipina.

"Mereka mempunyai meta yang sama seperti kami dan pada pertengahan permainan mereka membuat kejutan dengan melakukan serangan demi serangan.

"Itu yang membuatkan mereka berbeza daripada pasukan lain dan penggunaan hero mereka sangat bagus dan jelas," katanya.

Perlawanan pertama

Pemilihan hero Fanny Garry dan Maskov Valenz memberikan kesan besar dalam perlawanan namun pasuka lawan turut memberikan tekanan kepada hero Beatrix sangat menyakitkan.

Kedua-dua pasukan bermain sangat berdisplin dan fokus kepada objektif.

Sekali lagi kesilapan sama di mana mereka 'mengejar kill' menyebabkan pihak lawan berjaya meraih kemenangan pertama

Perlawanan antara Orange Esports dan Smart Omega sangat menarik.

Perlawanan kedua

Kombo kembar Minn Kadita dan Mann Atlas sangat menyakitkan. Wira pemilihan Fanny Garry sekali lagi dan Karrie Valenz turut memberikan kesan besar dalam perlawanan.

Hero pemilihan Esmeralda Born juga mendominasi permainan dengan melakukan rusuhan kepada musuh.

Kini mereka terikat satu sama lain dan dari segi permainan Valenz lebih bersabar dan tidak melakukan sebarang kesilapan besar kali ini.

Namun pasukan lawan turut memberikan tekanan kepada hero Beatrix tidak dapat berbuat apa-apa yang disekat oleh Minn Atlas Mann Kadita

Kedua-dua pasukan bermain sangat berdisplin dan fokus kepada objektif.

Perlawanan Ketiga

Orange Esports dihadapan. Kali ini hero pemilihan Pacquito Garyy sering mendapat double kill dan Born dengan Esmeralda beliau memberikan tekanan kepada pihak lawan.

Namun begitu, Smart Omega berjaya mendapatkan Fanny dan Karina namun hero kedua itu sukar mengatasi Pacquito.

Orang mendominasi dengan berjaya mendapat 3 kali Lord dan mengakhiri perlawanan.

Perlawanan keempat.

Savage Kelra Beatrix bantu Smart Omega ikat Orange Esports 2-2.

Satu perlawanan mudah bagi mereka dengan pengunaan Akai Raizen Dan Franco Ch4knu mengubah segalanya.

Orange Esports masih melakukan kesalahan ketika merangka wira dengan membebaskan Franco dan Beatrix.

Perlawanan terakhir.

Ternyata kesalahan pemilihan hero dan menghentikan penggunaan Esmerelda Born kunci utama buat pasukan Omega.

Sukar diramal dan Omega membuat pemilihan hero yang berbeza sebelum ini.

Apapun tahniah Orange Esports tumpas bermaruah buat mereka setelah bermain lima perlawanan yang panjang.

Sorotan

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)