MSC2022 Playoffs: RRQ HOSHI 'Enggak Takut' Bertemu Pasukan Lain Di Final MSC2022!

Posted by Nadzreen on Jun 18, 2022

Tiada pasukan yang mampu menghalang pasukan RRQ Hoshi untuk melayakkan diri ke Grand Final MSC2022.

Tiga pasukan dari lower bracket iaitu Falcon, Smart Omega dan RSG PH dan hanya satu pasukan dari lower bracket yang akan mara ke Grand Final.

Menurut R7 RRQ Hoshi berkata, pasukannya sudah berjumpa pasukan lain sebelum ini dan ingin bertemu dengan pasukan Falcon di perlawanan akhir.

"Kami bersahabat dan kami ingin bertemu mereka nanti," katanya.

Perlawanan pertama dan kedua didominasi pasukan RRQ Hoshi yang bermain sangat disiplin dan konsisten tanpa melakukan kesilapan besar.

Perlawanan ketiga kemenangan diperoleh pasukan RSG PH yang cuba bangkit daripada dua kekalahan awal.

Pada perlawanan keempat RRQ HOSHI terus mempamerkan corak permainan yang tidak merusuh dan santai.

Berdasarkan daripada pengamatan media dari Indonesia juga mendakwa corak permainan mereka yang santai dan tidak suka membuat kesilapan adalah faktor utama pihak lawan sukar mengugat mereka.

Sorotan

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)