MSC2022 Playoffs: RRQ Hoshi 'Henyak' Todak ke 'lower bracket'!

Posted by Nadzreen on Jun 15, 2022

Kesalahan yang sukar diterima. Itulah yang boleh digambarkan apabila pasukan Todak terpaksa akur dengan kekalahan 3-0 menentangRRQ Hoshi sebentar tadi.

Pemain RRQ Hoshi,Clay berkata kekalahan terbesar Todak adalah memberikan mereka hero yang selesa dan sering digunakan.

"Hero seperti Yve dan Beatrix adalah hero kegemaran kami dan membebaskan daripada larangan adalah kesalahan besar mereka," katanya.

Clay berkata, berkenaan dengan penggunaan combo Akai dan Atlas adalah sesuatu yang mereka gemarkan dan boleh mereka lakukan.

"Pengunaan Akai Albert seperti yang kita ketahui Albert mampu bermain hero lain bukan saja hero kebiasaannya.

Pasukan RRQ Hoshi akan bertemu sama ada Orange Esport atau RSG PH pada upper bracket yang seterusnya.

Manakala pasukan Todak akan bertemu pasukan Falcon sekali lagi selepas bertemu pada peringkat kumpulan.

Sorotan

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)