MSC2022: Tiada tekanan besar buat Orange Esport!

Posted by Nadzreen on Jun 7, 2022

Siapa yang menjangkakan pasukan yang hampir tersingkir dari Playoffs dan mampu memberikan kejutan pada minggu ke-5 pada musim liga MPLMYS9 dengan mara ke peringkat akhir.

Pasukan Orange Esports kini lebih bersedia dengan pemain seperti Valenz dan Born memasuki pasukan ini dengan persembahan yang mengujakan dan menyakinkan.

Menurut Jurulatih Orange Esport, Pubz berkata pasukan Orange Esport pasukannya kini sedang mempergiatkan lagi latihan untuk memberikan sesuatu kepada kejohanan itu nanti.

“Akan ada tekanan tetapi tiada pasukan lain yang sudah banyak kali bersaing di peringkat lebih tinggi.

"Pasukan kami adalah pasukan baru dan sudah pasti pasukan lawan tidak menjangkakan apa yang kami mampu berikan," katanya.

Pubz berkata, pemain teruja untuk beraksi pada tema kali ini dan dengan adanya pemain berpengalaman seperti Minn dan Mann ianya juga mampu memberikan sentuhan permainan yang berbeza.

"Keserasian mereka boleh dilihat ketika peringkat kumpulan MPLMYS9 sehingga ke Grand Final.

"Kini mereka memperbaiki dan tidak mengulangi kesilapan yang sama di MPL pada MSC2022 kali ini," katanya.

Pasukan kedua yang layak untuk mara ke MSC2022 buat Malaysia merupakan pasukan Orange Esports yang menjadi juara pada MPLMYS9 sebelum ini.

Sorotan

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)