MSC2022: Todak 'Ikat' Falcon Dari 3 Mata!

Posted by Nadzreen on Jun 11, 2022

Perlawanan pembukaan tirai MSC2022 antara Todak menentang Falcon tidak berpihak kepada pasukan tanah air apabila berakhir dengan keputusan seri.

Pada perlawanan pertama pasukan Todak kecundang di tangan pasukan Falcon apabila pasukan menentang perlawanan seketika di mana Todak sedang mengatur serangan.

Pasukan Falcon mengambil kesempatan itu dengan mengatur langkah yang menyebabkan Todak hilang punca.

Pengunaan hero Clint dari Silent memecahkan pasukan Todak dengan mendapatkan MVP untuk perlawanan pertama.

Perlawanan kedua, pasukan Todak meneruskan aksi luar biasa dengan bermain secara lebih agresif dan tidak memberikan ruang kepada pasukan lawan.

4Meyz dengan pengunaan Thamuz sangat keras untuk dilenyapkan dengan bantuan MVP Yums pengunaan Mathilda assist 2/1/13.

Perlawanan berkesudahan Todak dan Falcon seri dan berkongsi satu mata.

Sorotan

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)