
MSC2022: Valenz Galas Tugas Berat di MSC2022
Kemasukkan pemain pada minggu kelima pada MPLMYS9 jelas memberikan sinar baru buat pasukan Orange Esport sehingga berjaya ke pentas MSC2022.
Valenz pemain muda yang tidak banyak bercakap dan personalitinya yang pendiam di luar namun apabila dalam permainan jiwa seorang ketua itu kelihatan jelas dengan memberi arahan kepada rakan sepasukan mereka.
Menurutnya, dia sangat teruja apabila menyertai pasukan Orange Esport di mana dia diberikan tugasan memberi arahan kepada pemain ketika perlawanan.

"Saya gembira kerana saya diberi kepercayaan untuk menjadi leader in game dan rakan sepasukan mendengar arahan dengan baik.
"Sangat teruja untuk MSC2022 dan kami akan berentap dikumpulan D dan kami ingin layak ke playoff," katanya.
Dia berkata keserasian bersama pemain lain tidak perlukan masa yang lama kerana pernah bersama sebelum ini.
"Seperti Minn dan Mann saya pernah bermain bersama mereka sebelum ini jadi tiada masalah untuk mendapatkan keserasian semula," katanya.

Menurutnya, pasukan dari Indonesia dan Filipina adalah pasukan yang sangat kuat dan bakal menjadi pesaing pasukan terkuat pada MSC2022.
"Setiap pasukan mempunyai peluang untuk memamerkan aksi terbaik mereka dan kami akan membuktikan kami juga mampu," katanya.