
MWI2023: Bigetron Era Dominasi Peringkat Kumpulan; Zeg Iris Ke Playoffs!
Semalam berlangsungnya perlawanan peringkat kumpulan A bagi Kejohanan Mobile Legends Women Invitation 2023 yang ternyata di dominasi pasukan Bigetron Era dengan kemenangan bersih.
Ternyata pasukan itu mempunyai sefahaman antara pemain dan juga corak permainan mereka lebih teratur daripada pihak lawan.

Perlawanan yang menarik dilihat apabila Zeg Iris menentang Burmese Ghouls semasa permainan ketiga. Pertempuran strategi dilihat dari pertengahan hingga lewat permainan. Keterujaan juga berterusan sehingga perlawanan keempat yang menghimpunkan Bigetron Era dan Impunity Starlets.
Namun pada hari pertama juga terdapat drama yang berlaku pada perlawanan antara Bigetron Era dan Burmese Ghouls.

Di mana pasukan Burmese Ghouls kalah kerana menyangkakan itu ada perlawanan test ping dan bukan perlawanan sebenar.
Isu ini dapat diselesaikan dengan perlawanan semula setelah kesemua perlawanan berakhir.
Empat pasukan terbaik akan mara ke peringkat Playoffs.