
Nikke Goddess Of Victory: 'Modernia' adalah Marian Gadis Tersakiti!
Adakah anda peminat permainan video RPG mudah alih NIKKE? Gemarkan melihat karektor wanita yang cantik tetapi merbahaya?
Jika ya! Anda pastinya akan teruja dengan kehadiran pegawai baru yang akan mengegarkan dan memberikan kelainan buat peminat.
NIKKE bercerita tentang manusia yang kehilangan tempat tinggalnya kerana serangan pasukan alien yang tidak dikenali dan memaksa mereka hidup jauh di bawah tanah.
Puluhan tahun kemudian, sekelompok humanoid bersenjata bangkit di kapal raksasa, yang menjadi rumah baru bagi umat manusia.
Permainan dari Shift Up dan terbitan dari Level Infinite memberikan kelainan kepada peminat kerana senang dimainkan.
Setiap watak mempunyai jenis senjata yang unik termasuk senapang patah, senapang, sniper, pelancar roket dan banyak lagi. Penggunaan strategik ke atas jenis-jenis senjata ini membolehkan anda membunuh musuh dengan lebih cepat
Terbaru karektor Marian adalah seorang gadis yang sangat baik dan peramah namun nasib tidak menyebelahi dirinya apabila dia terbunuh.
Karektornya berubah apabila dia dihidupkan kembali oleh musuh sehingga bergelar Modernia dan menjadi suruhan kepada pihak musuh.
Tonton PV Modernia di bawah:
Modernia ialah watak SSR. Dia seorang penyerang, dilengkapi dengan Mesingan. Elemennya ialah Api dan Skill Burst ialah New World.
Modernia akan dikeluarkan secara global pada 29 Disember ini.
Acara istimewa untuk mendapatkan Modernia bermula dari 1 Januari 2023 hingga 19 Januari 2023.
Nak tahu tentang dunia NIKKE? Tonton video di bawah:
Anda boleh memuat turun permainan di sini: