Persembahan Hayate & DJ Yang2 gegarkan The Gameplan ACG 2022!

Posted by Nadzreen on September 15, 2022

The Gameplan Anime Cosplay Games 2022 bakal memberikan pengalaman istimewa buat peminatnya yang diadakan di The Curve Mutiara Damansara pada 11 dan 12 September lalu.

Persembahan yang dinantikan daripada pasangan Hayate & DJ Yang2 memeriahkan lagi The Gameplan ACG 2022.

Turut diumumkan tiga pasukan pemenang MLBB Open Community Challenge 2022 ialah Team Select, Monster Vicious, Team KYG yang memenangi hadiah terkumpul bernilai RM10,000.

Acara ACG2022 disyorkan oleh Genysis dan eGG Network sebagai rakan media.

Pada hari berkenaan, terdapat pelbagai booth menjual cenderahati ACG dan juga terdapat booth Gundam.

Selain itu, peminat Cosplayers menyaksikan cosplayer kegemaran mereka seperti Kittymeow1224 Kazumides HayateIsHere djyangyang EclipX 二克雷斯 shiomio.official qbkokoa RinaaHime GGTwins (Emcee) rostthemagus (MLBB Caster) myst3licious (MLBB Caster).

Ternyata pengunjung dan peminat cosplay teruja dengan kehadiran cosplayer mereka dan tidak melepaskan peluang bergambar.

Sorotan

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)