PMGC2022: TIADA 'TUAH' BUAT WAKIL MALAYSIA YOODO ALLIANCE!

Posted by Nadzreen on November 21, 2022

Berada dalam kumpulan maut PMGC bukan sesuatu yang dikehendaki sesebuah pasukan mahupun pemain.

Itulah yang terpaksa dihadapi pasukan Malaysia Yoodo Alliance yang terpaksa akur dengan kekalahan mereka pada PMGC2022 di tangga ke 15 dalam kumpulan Hijau.

Jelas pasukan Yoodo Alliance perlu memperbaiki corak permainan mereka dan pengalaman pertama bermain di PMGC serta berada dalam pasukan bukan sesuatu yang baik.

Namun, berada dalam pasukan ini memberikan mereka pengalaman baru bermain dengan pasukan lebih kuat.

Terdapat juga cakap-cakap menentang kekalahan pasukan mereka ini disebabkan tiada jurulatih antara punca kekalahan.

Perjalanan yang jauh dari Qualifier, PMPL MYSGPH, ke SEA dan kini di pentas dunia. Yang pastinya, ini akan menjadi pengalaman yang tidak akan dilupakan dan pengajaran yang terbaik!

Tahniah kepada Top 3 Kumpulan Hijau yang akan mara terus ke Grand Finals PMGC 2022, Godlike Stalwart, Nova dan Flux Esports.

Sorotan

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)