Pokémon UNITE: USD20,000 Menanti Sang Juara Pokémon UNITE!

Posted by Nadzreen on Julai 20, 2022

Yoodo Sekali Lagi Mencipta Sejarah Sebagai Telco Pertama di Malaysia Jalin Kerjasama dengan The Pokémon Company dengan mengadakan Kejohanan Terbuka Pokémon UNITE Malaysia 2022.

Kerjasama tersebut memperkenalkan pertandingan rasmi Pokémon UNITE pertama di Malaysia yang menawarkan hadiah terkumpul berjumlah USD 20,000.

Sehingga April 2022, Pokémon UNITE telah dimuat turun lebih daripada 70 juta kali daripada serata dunia melalui semua platform yang menawarkan permainan itu.

Menurut Chow Tuck Mun, Ketua Yoodo berkata kerjasama dan pertandingan yang dianjurkan bersama Yoodo juga merupakan kali pertama permainan popular tersebut menceburi pasaran Malaysia secara rasmi.

“Sememangnya kami amat berbangga untuk bekerjasama dengan The Pokémon Company yang dikenali serata dunia.

"Kami berharap pertandingan yang akan dianjurkan ini juga akan menjadi platform untuk lebih ramai lagi bakat-bakat e-sukan Malaysia untuk memamerkan kemahiran mereka dan ini menunjukkan bahawa kami amat berdedikasi dalam menyokong bakat tempatan daripada tahap akar umbi.

Pendaftaran untuk Kejohanan Terbuka Pokemon UNITE Malaysia 2022 akan dibuka dari 27 Julai sehingga 30 Ogos, dan Grand Final akan berlangsung pada 10 September.

Yoodo juga mengumumkan bahawa ia akan memperkenalkan Add-on permainan Pokémon UNITE pada Ogos 2022.

Sorotan

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)