PUBGM: Golden Bullet Awards raikan pemain PUBG Mobile Malaysia dan Singapura

Posted by Nadzreen on November 24, 2021

Bahang PMPL MY/SG S4 masih dirasai dengan kemenangan juaranya, Geek Fam, diangkat pada kali ini oleh PUBG Mobile Esports dengan kewujudan PMPL MY/SG Musim Ke-4 pada Golden Bullet Awards yang julung kali diadakan.

Pengarah PUBG Mobile, Asia Tenggara, Oliver Ye berkata, walaupun dunia dilanda musibah pandemik COVID-19, terdapat peningkatan dalam industri sukan tempatan.

"Sehubungan dengan itu, MDEC dengan eGG Network ingin meraikan pemain profesional esports Malaysia dan Singapura.

Para pemain akan dihiburkan dengan kehadiran Masya Masyitah yang popular dengan lagu Mandarin 'Jiu Meng Xin Su' dan 'Remuk' akan menyampaikan persembahan dan menyampaikan anugerah dua anugerah khas pada majlis berprestij itu bagi kategori Best Ingame Leader dan Best Performance Team.

“Ini merupakan satu penghargaan buat saya kerana dijemput untuk memeriahkan serta menghiburkan golongan esports di Malaysia dan Singapura.

“Terima kasih di atas kesudian ini kerana menjemput saya menjadi sebahagian daripada majlis anugerah yang pertama seumpamanya ini.

Pengerusi Industri Digital MDEC, Gopi Ganesalingam berkata MDEC mahu mewujudkan lebih peluang untuk anak-anak muda negara dan komuniti berkaitan dalam arena esports dan dengan adanya Golden Bullet Awards, semoga lebih banyak inisiatif akan menyusul kelak.

Jangan lupa saksikan Golden Bullet Awards pada 5.00pm, 28 November 2021 ini hanya di laman web ini Rangkaian eGG Facebook dan Astro Ch800, serta di laman Facebook PUBGM Esports Malaysia dan saluran YouTube PUBGM Malaysia.

Sorotan

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)