PUBGM: S9HAHADEP 'Gondol' Anugerah Golden Bullet PMPL MY/SG Musim Ke-4

Posted by Nadzreen on November 29, 2021

"Terima kasih kerana mengundi saya untuk memenangi anugerah ini!", Itu luahan pemain SEM9, S9HAHADEP pada ucapannya selepas memenangi anugerah berkenaan pada acara gilang gemilang Anugerah Golden Bullet l PMPL MY/SG Musim Ke-4, semalam.

Menurutnya, kejayaan ini adalah kejayaan berpasukan dan sokongan tidak henti daripada peminat pasukannya memberikan dirinya peluang untuk memperoleh anugerah itu.

Sementara itu, GEEKDAMRUDE turut dinobat Pemain Paling Bernilai (MVP) Anugerah Bullet Awards.

Bahang PMPL MY/SG S4 masih dirasai dengan kemenangan juaranya, Geek Fam, diangkat pada kali ini oleh PUBG Mobile Esports dengan kewujudan PMPL MY/SG Musim Ke-4 pada Golden Bullet Awards yang julung kali diadakan.

Turut menjadi perhatian apabila Arwah HAHAGUS menerima Anugerah Dalam Kenangan (Tribute) atas jasanya di dalam industri ini.

Antara pemenang-pemenang yang berjaya menerima anugerah pada Anugerah Bullet Awards.

MEMANG GEMPAK LA GENG!!! 🤩
🎯 Penembak tepat Terbaik - Tembakan Rahsia
⚔ Fragger Terbaik - Secret KiD
🧠 IGL Terbaik - Vokey Gaming

Sedap la!!!! Tahniah kepada King of Suntik, orang tua ManParang dan Budak 6cm!!! 😏😏😏
🔥 Rising Terminator - AdikLuq
👍 Sokongan Terbaik - ManParang
🔭 Pengakap Terbaik - Din 'Pelompat'

🌠 Rising Talent Award - Tashbunny & Kyrul Gaming
🤩 Anugerah Bakat Paling Kreatif - Sir_Cloud & ChuChu Gaming
🤝 Anugerah Bakat DUO Terbaik - J Hunter Gaming & Onthego Productions
🎉 Tahniah kepada para pemenang ini di Majlis Anugerah PUBG MOBILE ⭐ Golden Bullet 📣

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang Anugerah Golden Bullet PMPL MY/SG Musim Ke-4.

Sorotan

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)