MAGIC CHESS: Nak Menang Magic Chess Kena Tahu Meta; 5 Meta Padu Dari AreppTvChess

Posted by Nadzreen on Ogos 16, 2021

Hai eGGLEts, minggu lepas kita dah tahu mengenai latar belakang No 1 Top Global Magic Chess iaitu AreppTvChess bagaimana dia mampu untuk berada diperingkat sekarang.

Sekiranya anda terlepas untuk artikel berkenaan jangan risau, ini pautan kepada artikel tersebut https://egg.network/areptvchess-fahami-semua-synergy-dan-corak-permainan-musuh-magic-chess/

Sekiranya anda adalah peminat Magic Chess, anda perlu membaca artikel ini kerana pakar kita akan berkongsi berkenaan 'META' yang sangat sesuai untuk dipraktikkan dalam permainan.

Patut lar layak untuk berada di No 1 Top Global dengan cara pemikiran yang pantas dan cepat untuk membuat sesuatu tindakan.

Jom kita tengok apa META yang digunakan oleh Arep.

Untuk pengetahuan semua, untuk menentukan kemenangan permainan magic chess ini adalah meta, meta yang digunakan merupakan faktor yang mempengaruhi permainan seseorang.

Racun kardia

Antara meta yang sesuai pada patch sekarang antaranya ialah cardia venom, effect cardia adalah setiap kali wira cardia mati, salah satu wira cardia secara rawak akan 12% kelajuan serangan dan menerima perisai hp 12% maksimum. Manakala venom pula akan meracun lawan yang Akan mengurangkan nyawa musuh 1% hingga 10% hp. Meta ini sesuai digunakan untuk menaikan pangkat setiap pemain.

Astro

Selain itu, meta Astro Power ini merupakan meta yang sesuai dimainkan oleh pemain yang baru ingin mempelajari catur ajaib. Meta Astro Power merupakan sinergi yang mudah dilakukan dan sesuai digunakan untuk menaikan pangkat setiap pemain. Sekiranya sinergi ini lengkap, 1 hero daripada hero Astro akan meningkatkan kerosakan hingga 150% dan regen semula 80% HP Dari kerosakan yang diterima.

Semangat semula jadi

Combo berikutnya ialah kombo Nature Spirit, combo ini akan memberikan hero yang berkaitan sinergi ini berkongsi HP. Sekiranya semakin banyak Lev 3 Dalam kombo ini semakin tinggi HP keseluruhan hero Natural spirit. Combo ini sangat sesuai untuk sustain pada opening sehingga middle game kerana combo ini sangat keras pada 2 fasa ini.

Sinergi ini juga dapat mengurangkan kerosakan Yang dikeluarkan sehingga sukar untuk mati. Combo ini sesuai dimainkan dengan guardian atau weapon master.

Namun combo ini sangat lemah digunakan apabila lawan bermain combo venom, kerana nyawa hero natural spirit Akan berkurang dengan cepat, pemain perlu bijak untuk menentukan meta ini, Sekiranya ramai yang menggunakan venom, pemain tidak harus menggunakan combo ini.

era Mech + Pendekar

Mech era merupakan sinergi Yang mengantikan synergi empire. Synergi ini Akan membuatkan pihak lawan Yang menggunakan mana, tidak dapat mengeluarkan skill dengan mudah. Basic attack Dari semua hero mech era Akan mengurangkan mana lawan sebanyak 35 Dan memulihkan 6 mana hero mech era. Sinergy ini sesuai digunakan bersama combo Swordman kerana sworman merupakan sinergi Yang mengeluarkan kerosakan. Sekiranya mana pihak lawan boleh discounter dengan synergi mech era, maka synergy sworman dengan mudah untuk mengeluarkan kerosakan terhadap pihak lawan.

Mage

Mage combo yang asas yang boleh dilakukan oleh semua pemain, combo ini kuat pada endgame, Sekiranya pemain Yang menggunakan combo mage dapat bertahan pada opening Dan middle game peluang menang pada end game sangat mudah, mage merupakan combo yang menggunakan mana.

Mage boleh dicombokan dengan astro Dan Northern Vale ( NV ), Ketika Battle dimulakan, semua Hero Northern Vale memperoleh Mana yang penuh. Oleh Itu hero Nv ini Akan terus menggunakan skill.

Sekiranya pemain mempunyai item buku, dan menghidupkan astro dalam meta yang digunakan, pemain boleh menjadikan odete sebagai hyper, kerana odete mampu meratakan musuh dengan sekelip mata.

Kesimpulannya

Catur ajaib boleh dikatakan sama seperti permainan catur biasa, pemain perlu menguasai fasa opening, middle game, dan end game. Kerana setiap fasa ini yang akan menentukan penguasaan meta seseorang yang Akan menentukan kemenangan.

Jadi untuk menjadi seorang pemain Magic Chess yang padu anda perlu mengetahui cara permainan dan meta yang sesuai dengan menghadapi musuh.

Sekiranya, anda mempunyai sebarang pendapat dan komen jangan segan untuk bertanya dan mungkin Arep sendiri akan menjawab persoalan anda itu nanti.

Jangan lupa untuk terus bersama dengan eGG Network untuk perkembangan terbaru berkenaan dunia eSukan.

Sorotan

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd (Tel: +603 9543 3838)
Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)
© 2021 MEASAT BROADCAST NETWORK SYSTEMS SDN BHD. Hak cipta terpelihara
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram