Pasukan FIFA Online 4, Skuad FAM eRimau kebangsaan berjaya melakar sejarah apabila berjaya membawa pulang pinggat Gangsa pada temasya kali ini.

Dibarisi empat pemain Asyraf Kamal (AK31), Gan Mun Kiat (RippedJeannn), Wan Hakimm Wan Narizan (P3rlisTeamJr), dan Luqman Haziq Hajiman (LuqmanHzq).

Pasukan ini juga hampir menempatkan perlawanan akhir bertemu pasukan Thailand namun perjalanan mereka disekat pasukan tuan rumah Vietnam dengan 3-0.

Pujian harus diberikan kepada semua pemain selepas terpalit dengan kontroversi sebelum ini yang mungkin sedikit sebanyak mempengaruhi emosi mereka.

Ayuh pasukan e-Sukan Malaysia membuktikan anda mampu menaiki podium dan bersama rakyat Malaysia menyanyikan lagu kebangsaan.

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)