Team Haq Mendominasi Minggu Pertama!

Posted by Nadzreen on Ogos 7, 2022

Perlawanan antara Team Haq dan Team SMG berlangsung dengan penuh debaran apabila kedua pasukan tidak mahu beraksi tanpa mempamerkan aksi terbaik mereka.

Namun, kesabaran dan masa yang tepat untuk melakukan serangan terhadap pihak lawan digunakan sebaiknya oleh Team Haq yang memperoleh kemenangan 2-1 ke atas Team SMG.

Perlawanan pertama Team SMG memperoleh kemenangan terhadap pasukan lawan yang sering melakukan kesilapan yang sama dan pemain Hate SMG sangat mendominasi pada perlawanan itu.

Di perlawanan kedua, Team Haq juga mahukan kemenangan dan berjaya memberi tekanan kepada pasukan lawan dengan penggunaan Valentina Mann membantu pasukan itu untuk meraih kemenangan.

Perlawanan penentuan, sekali lagi Mann diberikan hero Valentina dan jelas penggunaannya terhadap hero ini memberikan mimpi ngeri buat Team SMG.

Kini Team Haq memperoleh dua kemenangan dengan kutipan mata keseluruhan lima mata dikumpulan A manakala Team SMG memperoleh satu mata pada perlawanan itu.

Sorotan

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)