TI11: Peminat Teruja Pasukan Manakah Yang Bakal Bergelar Juara!

Posted by Nadzreen on Oktober 27, 2022

Dua hari lagi untuk perlawanan akhir bakal bermula! Adakah anda sudah bersedia? Bagaimana dengan persiapaan empat pasukan terakhir yang akan bergelar Juara The International 2022/ TI11.

Di braket atas dua pasukan Team Secret akan menentang Tundra Esports untuk mara ke Grand Final manakal di braket bawah pula Team Aster, dan Team Liquid perlu berentap untuk melayakkan diri ke Final braket bawah.

Pasukan yang mara ke Final braket bawah akan menentang pasukan yang kalah di braket atas untuk mara ke Grand Finals.

Juara bakal meraih hadiah terkumpul $18,207,361 USD bersamaan RM85,984262.32

Team Secret, Tundra Esports, Team Aster, dan Team Liquid adakah pasukan ini akan membuat kejutan pada kejohanan kali ini.

Siapakah yang akan menjuarai kejohanan berprestij ini yang sudah pastinya akan dimeriahkan dengan kehadiran penyokong dari pelusuk dunia yang ingin merasakan kelainan di Singapore Indoor Stadium.

Bagi yang belum mempunyai tiket, jom tonton bersama kami di eGG Network CH800, Astro GO atau sooka Malaysia!!

Sorotan

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)