TI11: Tundra Esports 'Bedal' Pasukan Secret!

Posted by Nadzreen on Oktober 31, 2022

Hanya perlu 40 minit sahaja untuk Tundra Esports untuk melakar sejarah dengan merangkul Kejuaraan The International buat kali pertama.

Pasukan mereka pertama kali memasuki kejohanan ini dan sudah memberikan gambaran awal pada pasukan lain apabila berjaya ke braket atas pada peringkat Playoffs.

Mereka juga membuktikan pasukan underdog juga mampu memberikan kejutan malah boleh bergelar juara The International dengan tidak memberi peluang kepada pasukan Secret.

Dengan kehadiran Jurulatih Tundra Esports, Aui_2000, memberikan impak besar kepada pasukan yang sebelum ini pernah memenangi TI5 dengan EG.

Perlawanan yang berlangsung pada 29 dan 30 Oktober di Stadium Tertutup Singapura mampu memuatkan 12,000 penonton memberikan satu pengalaman luar biasa buat penonton.

Yang menarik untuk kali ini adalah di mana, dua pasukan dari kelayakan berjaya mendapat tempat kedua dan ketiga.

Tundra Esports membawa pulang wang tunai USD 8.5513,766 juta manakala pasukan Secret USD2,459,573.

Pemain dan jurulatih yang berasal dari Malaysia turut memdapat habuan masing-masing dalam pertandingan berprestij ini.

NothingToSay dari PSG.LGDP, tersingkir ke tempat 5-6 | $621,892, Mushi dari BOOM Esports, Jurulatih turut tersingkir ditempat 9-12 | $355,382,
xNova dan Ghost RNG, tersingkir 13-16 | $266,510.

Sorotan

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)