Tingkatkan Permainan Anda dengan HP Victus 16 AMD tahun baru ini! 

Posted by mjamal@egg.network on Februari 3, 2023

HP Victus 16 AMD- Bersedia untuk bermain: 

Adakah anda bosan bermain pada skrin telefon bimbit kecil anda? Ingin mencari komputer riba yang mampu dimiliki dan bagus untuk permainan, pengajian atau kerja? Tak perlu cari lagi, HP menyediakan komputer riba yang sesuai untuk anda. Ini adalah masa yang sesuai untuk melabur untuk diri anda dan meningkatkan tahap permainan untuk tahun baharu ini. 

Memperkenalkan barisan terbaharu daripada HP Gaming, HP Victus 16 yang dikuasakan oleh AMD. 

#PlaytoProgress dengan HP Victus 16 AMD  

HP Victus ialah sebuah komputer riba gaming di bawah siri HP Victus yang turut dikemaskini. Bagi yang berminat, ia didatangkan dengan pilihan CPU AMD baharu yang boleh didapati hanya dengan harga bermula dari RM3,349, bergantung kepada keperluan pengguna. HP Victus ini boleh dilengkapi dengan CPU sehingga AMD Ryzen™ 7 5800H.  

Untuk spesifikasi, ia dilengkapi skrin 16.1-inci FHD (1920 x 1080) dan kadar segar semula 144Hz. Terdapat dua pilihan CPU yang ditawarkan iaitu AMD Ryzen™ 7 5800H atau AMD Ryzen™ 5 6600H. Seterusnya, HP Victus juga ada GPU berkuasa sehingga NVIDIA GeForce RTX 3060. Kapasiti memori pula 16GB DDR4-3200 MHz RAM (2 x 8 GB) dan penyimpanan sehingga 1TB PCIe® NVMe M.2 SSD. 

Kapasiti bateri 70Wh yang diiklankan mampu bertahan sehingga 8 jam penggunaan. Sebuah kamera beresolusi 720p HD bersama dwi-mikrofon digital turut digunakan. Terdapat pilihan merangkumi port 1 X USB Type-C, 1 X DisplayPort 1.4, 1 X USB Type-A, 2 X USB Type-A, 1 X HDMI 2.1, 1 X RJ-45, 1 X pin pintar AC dan bicu audio. 

Kualiti Audio Yang Paling Gempak Dengan Bang & Olufsen 

Dari segi audio, HP Victus bergantung pada sokongan dua pembesar suara yang dibuat oleh Bang & Olufsen Play atau B&O Play yang ditag dengan HP Audio Boost. 

Dengan Bang & Olufsen anda tidak perlu lagi membeli pembesar suara yang lain kerana dapat menghasilkan bunyi yang jelas dan kaya dengan kehadiran untuk memanjakan telinga pemain ketika bermain atau menikmati kandungan multimedia. 

Dibina dengan mengambil kira kehendak pemain 

Beralih kepada papan kunci, HP Victus 16 AMD mempunyai lampu backlit yang cukup selesa digunakan ketika bermain permainan atau menaip dalam keadaan cahaya malap. Komputer riba ini juga dilengkapi dengan papan kekunci berangka yang menyokong teknologi 26-Key Rollover Anti-Ghosting Key untuk permainan yang lebih selesa. 

 OMEN Gaming Hub - Ia adalah kedai sehenti anda untuk meningkatkan permainan anda. Daripada mendapat ganjaran hanya dengan permainan, hingga mengawal setiap prestasi kecil dan pilihan pencahayaan mesin anda, senarai itu diteruskan. Setiap permainan, setiap saat kini dalam kawalan anda. 

Apabila anda membeli peranti HP Victus terpilih daripada Shopee atau Kedai Konsep HP, anda akan mendapat hadiah yang menarik. 

Dengan setiap pembelian anda akan menerima hadiah PERCUMA RM100 e-dompet daripada Grab, Touch n Go atau Steam Wallet. Baucar AEON RM100, dan Kaspersky Internet Security bernilai RM99 juga boleh didapati apabila anda membeli HP Victus ini di mana-mana Kedai Concept HP. Anda juga boleh menggunakan kod khas kita “EGG100” untuk mendapatkan diskaun RM100 di Shopee. 

Tempoh Promosi: 

Sekarang – 10 Feb 2023 

Harga Produk: Dapatkan HP Victus di Kedai Konsep HP atau dari Shopee dengan hanya RM3,349. 

Pautan: HP Victus 16: https://shopee.com.my/m/hpgaming 

Sorotan

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)