Wild Rift: Nova Esports 'Juara' Wild Rift (ICONS) Global Championship 2022!

Posted by Nadzreen on Julai 9, 2022

Dua pasukan gergasi dari China berentap dalam pertandingan akhir Wild Rift Global Championship (ICONS) 2022 sebentar tadi di mana pasukan Nova Esports berjaya menumbangkan J Team dengan mudah 4-0.

Perlawanan yang berlangsung selama lebih dua jam itu bagi merebut kejuaraan julung kalinya diadakan di Singapura.

Ternyata pasukan Nova Esports tidak mempunyai masalah untuk menundukkan pasukan J Team untuk meraih kemenangan.

Sebelum ini rekod pertemuan mereka lebih memihak kepada pasukan Nova Esports dengan pertembungan tiga kali pada tahun ini.

Hadiah terkumpul bagi pertandingan ini ialah 2 juta USD dan sang juara membawa pulang hadiah 640,000 USD dan piala kejohanan.

Corak permainan yang ditonjolkan sangat luar biasa dimana kedua-dua pasukan tidak mahu mengaku kalah.

J Team merupakan pasukan yang dimiliki oleh pelakon terkenal dari China Jay Chow itu, sangat kuat pada awal permainan namun mudah melakukan kesilapan dilewati permaianan yang memberi peluang kepada pasukan Nova Esports bangkit daripada ketinggalan.

Sorotan

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)