
WPC: HomeGirls 'Juara' Woman Professional Championship !
Misi balas dendam antara HomeGirls terhadap Rose Ophelia tercapai apabila berjaya menumpaskan mereka 3-2 dalam perlawanan Grand FInals PWC baru-baru ini.
Pertembungan mereka seperti ulangan 'El-Clasico' di final upper braket antara kedua-dua pasukan yang dimenangi Rose Ophelia.
Kekalahan itu menyaksikan mereka bangkit dan mara ke Grand Finals dan membalas dendam bermula.
Pertembungan kedua pasukan itu sengit di mana kedua-dua pasukan tidak mahu mengalah dan terikat 2-2 hingga mengheret perlawanan penentuan.
Perlawanan penentuan menyaksikan HomeGirls meraih kemenangan dan meraih kejuaraan Woman Professional Championship buat kali pertama.
Mereka membawa pulang wang keseluruhan RM10,000 dan trofi kejuaraan.
Women Professional Championship adalah kejohanan julung kali diadakan dan ini merupakan musim pertama.