OUR STREAMERS

Dua hari lagi untuk perlawanan akhir bakal bermula! Adakah anda sudah bersedia? Bagaimana dengan persiapaan empat pasukan terakhir yang akan bergelar Juara The International 2022/ TI11.

Di braket atas dua pasukan Team Secret akan menentang Tundra Esports untuk mara ke Grand Finals manakal di braket bawah pula Team Aster, dan Team Liquid perlu berentap untuk melayakkan diri ke Final braket bawah.

Pasukan yang mara ke Final braket bawah akan menentang pasukan yang kalah di braket atas untuk mara ke Grand Finals.

Juara bakal meraih hadiah terkumpul $18,207,361 USD bersamaan RM85,984262.32

Team Secret, Tundra Esports, Team Aster, dan Team Liquid adakah pasukan ini akan membuat kejutan pada kejohanan kali ini.

Siapakah yang bakal menjuarai kejohanan berprestij ini yang sudah pastinya akan dimeriahkan dengan kehadiran penyokong dari pelusuk dunia yang ingin merasakan kelainan di Singapore Indoor Stadium.

Bagi yang belum memiliki tiket, jom tonton bersama kami di eGG Network CH800, Astro GO atau sooka Malaysia!!

16 pasukan-pasukan negeri yang telah memenangi Malaysia Esports League 2022 (MEL22) Peringkat Liga Negeri dan akan mewakili negeri masing-masing di MEL22 Peringkat Kebangsaan bagi kategori PlayerUnknown’s Battlegrounds Mobile (PUBGM) dan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB).

Kejohanan itu akan berlangsung pada dari 26 Oktober sehingga 2 November 2022 bagi PUBGM, manakala MLBB pada 1 dan 2 Oktober 2022 di ESI Hub, Spacerubix Puchong.

Berikut adalah pasukan-pasukan yang telah berjaya memenangi MEL22 Peringkat Liga Negeri bagi PUBGM.

Pulau Pinang: Agent in Pyjamas, Selangor: HK Nemesis, WP Putrajaya: Anti Circle, Kelantan: DBD Academy, Melaka: DBD Comeback, Johor: Team Dingin, Sarawak: Miri MOB Borneo, Kedah: DBD Glazer, Perak: EDRA Ares, WP Kuala Lumpur: Nemesis, Pahang: LX FTSLR, Terengganu: Tomyam Reborn, Negeri Sembilan: AE N9K, WP Labuan: RHG Rogue dan Sabah: Ivict Star Elite.

Bagi MLBB pula, Pulau Pinang: ELX, Selangor: Freakout MY, WP Putrajaya: Miracle Gaming MG, Kelantan: Kespoc KEA, Melaka: Purge Esports, Johor: Tupai Esports, Sarawak: Bountee Esports, Kedah: Team Dongibab, Perak: Team Lima, WP Kuala Lumpur: Origins, Pahang: Pando EWG (B), Terengganu: CikBoss Empire., Negeri Sembilan: Cheyva Esport, WP Labuan: Donat, Sabah: Tupai Ultra.

Hadiah terkumpul berjumlah RM299,500, MEL22 akan diperluaskan dengan tambahan 2 tajuk permainan baharu dan kategori yang dikembangkan daripada 4 kepada 7 dengan penyertaan liga orang kelainan upaya (OKU).

MEL22 akan dibahagikan kepada 3 siri iaitu Siri MEL22 Regular yang terdiri daripada Liga Negeri MEL22 dan Kebangsaan MEL22 yang menampilkan 3 tajuk permainan - Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), PlayerUnknown’s Battleground Mobile (PUBGM) dan Garena Free Fire (FF); Siri Terbuka MEL22 menampilkan 3 tajuk permainan - Dota 2, FIFA23 dan Valorant; dan Para MEL22.

Pasukan Malaysia bakal bertemu dengan juara bertahan iaitu Filipina.

Group Draw untuk MLBB Sukan SEA 2022

Cabutan peringkat kumpulan untuk permainan eSukan Mobile Legends: Bang Bang dilihat kumpulan A bukan 'biasa-biasa'.

Manakala di kumpulan B tuan rumah Sukan SEA iaitu Vietnam berada bersama-sama pasukan Indonesia dan Singapura.

Adakah cabutan ini benar-benar bakal menguji pasukan Malaysia untuk ke peringkat seterusnya.

Sama-sama kita doakan pasukan Malaysia mampu memberi kejutan dan sinar untuk memperoleh pingat pada temasya kali ini.

Onic Esports Indonesia memenangi MPLI 2021 dalam aksi yang berlangsung selama empat perlawanan, semalam.

Pada pusingan akhir, mereka berjaya mengecewakan pasukan dari Filipina, Blacklist International dan dinobatkan juara.

Pada perlawanan pertama, Blacklist International tampil agresif. Mereka terus memberi tekanan kepada pemain Onic Esports, menjadikannya sukar untuk melakukan serangan balas. Sehingga akhirnya mereka menang dalam masa kurang 15 minit.

Memulakan permainan kedua, Onic Esports yang tampil agresif. Drian dan ahli pasukannya tidak memberi peluang kepada Blacklist International untuk menguasai Land of Dawn dengan mudah.

Pertarungan itu dipersembahkan, di mana kedua-dua pasukan bergilir-gilir untuk memberi tekanan antara satu sama lain dan Blacklist International boleh bermain secara agresif semula.

Mereka telah menang dengan tujuh pembunuhan berbanding tiga ketika perlawanan memasuki minit ke-10. Akhirnya juara PMPL ID S8 berjaya menyamakan kedudukan 1-1.

Perlawanan menjadi lebih sengit pada perlawanan ketiga. Onic Esports, yang telah mendapat keyakinan, dan pemain Blacklist kelihatan bingung dibuat untuk bekerja keras untuk menahan serangan.

Strategi pertempuran dengan tiga hingga empat pemain cuba dilakukan oleh Blacklist International. Dari situ mereka mendapatkan 'kill' beberapa kali, namun Onic Esports dapat menjangka dan berjaya menang.

Onic Esports memenangi MPLI 2021 dalam perlawanan keempat. Di mana mereka memaksa juara PMPL PH Musim 8.

Menarik perhatian kami apabila hashtag #IndoPride bergema di media sosial selepas mereka meratah Blacklist International.

Sambutan Kejohanan UMMLCC musim ke-3 peringkat negeri mendapat sambutan luar biasa di mana sebanyak 304 pasukan kampus dari seluruh negeri bersaing bagi melayakkan tempat pada Kejohanan Kebangasaan.

16 pasukan kampus yang mewakili negeri masing-masing menunjukkan kegigihan mereka menghadapi cabaran dan mendapat tempat di Kejohanan Kebangsaan yang akan berlangsung 20 dan 21 November 2021.

Sebanyaknya RM60,000 hadiah terkumpul dan 32,520 Diamonds bakal diraih pasukan pemenang.

Memandangkan terdapat permintaan yang tinggi untuk playoff Wildcard daripada pasukan yang menduduki tempat kedua dan ketiga pada U Mobile telah memperuntukkan 2 slot untuk playoff untuk dua pasukan mendapat tempat di Kejohanan Kebangsaan.

Team Rusuh dari Politeknik Sultan Idris Shah dan UiTM Vendetta dari UiTM Shah Alam mempamerkan aksi luar biasa bagi memperoleh slot kedudukan mereka untuk ke peringkat akhir.

14 Pasukan Kampus Yang Mewakili Negeri

1 Selangor Universiti Kebangsaan Malaysia XTINCT
2 Wilayah Persekutuan UiTM Selayang ASTRAZANECA
3 Negeri Sembilan UiTM Rembau TFK LIMIT
4 Melaka Universiti Teknikal Malaysia Melaka UTEM H
5 Johor Universiti Tun Hussein Onn DON’T FORGET JOKI
6 Perak Politeknik Premier Ungku Omar NO REGRETS
7 Penang Universiti Sains Malaysia PROXY ALLIANCE
8 Kedah Politeknik Sultanah Bahiyah CHOCOWEH X PTSB
9 Perlis Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin PTSS RUSHER
10 Pahang Universiti Malaysia Pahang UMP TIGRE DEL SUR
11 Kelantan Universiti Malaysia Kelantan POKEMON JR
12 Terengganu UiTM Dungun TELUK GADUNG
13 Sabah UiTM Kota Kinabalu, Sabah UITM RUSUH
14 Sarawak Universiti Malaysia Sarawak UES SIYES AH?

Sementara itu, berita baik kepada semua pelajar, pensyarah, dan pentadbiran di Universiti. U Mobile turut
melancarkan peraduan Win Giler Prizes dengan jumlah hadiah bernilai RM15,000.

Jangan lupa untuk berkongsi peraduan dengan keluarga dan rakan anda untuk merebut hadiah!

Daftarlah sekarang melalui URL ini, . Tempoh peraduan dari 27 Oktober 2021 hingga 31 Januari 2022.

Kekalahan pasukan Orange Esport kepada pasukan Alter Ego 1-2 semalam, agak menghampakan peminat tanah air di mana pasukan Orange Esport mendominasi perlawanan pertama namun pada perlawanan kedua kelihatan Alter Ego bagai 'dirasuk' pada perlawanan kedua dan perlawanan penentuan.

Walaubagaimanapun, pujian harus diberikan pada pasukan Orange Esport kerana bermain agak baik pada awal perlawanan dan mula 'hilang arah' pada perlawanan dua perlawanan terakhir.

Hari ini, pasukan Todak akan berentap dengan pasukan See You Soon. Dijangkakan pasukan Todak akan menang mudah dalam perlawanan ini nanti.

Mampukah pemain pinjaman mereka Leixia 'menyinar' pada perlawanan ini? Corak permainan apakah yang akan ditonjolkan pasukan Todak pada hari ini.

Begitupun laluan pasukan Todak kelihatan sukar berikutan mereka berada dalam kumpulan bahaya apabila dipilih oleh Blacklist International untuk 'Berentap' dalam kumpulan sama iaitu kumpulan C.

Todak, Geek Fam ID, See You Soon, dan Bigetron Alpha akan berentap untuk melawan Blacklist di peringkat suku akhir kelak.

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)