OUR STREAMERS

HP Victus 16 AMD- Bersedia untuk bermain: 

Adakah anda bosan bermain permainan pada skrin telefon bimbit kecil anda? Ingin mencari komputer riba yang mampu-milik dan bagus untuk permainan, pengajian atau kerja? Tak perlu cari lagi, HP menyediakan komputer riba yang padan untuk anda. Ini adalah masa yang sesuai untuk melabur untuk diri anda dan meningkatkan tahap permainan untuk tahun baharu ini. 

Memperkenalkan barisan terbaharu daripada HP Gaming, HP Victus 16 yang dikuasakan oleh AMD. 

#PlaytoProgress dengan HP Victus 16 AMD  

HP Victus ialah sebuah komputer riba gaming di bawah siri HP Victus yang turut dikemaskini. Bagi yang berminat, ia didatangkan dengan pilihan CPU AMD baharu yang boleh didapati hanya dengan harga bermula dari RM3,349, bergantung kepada keperluan pengguna. HP Victus ini boleh dilengkapi dengan CPU sehingga AMD Ryzen™ 7 5800H.  

Untuk spesifikasi, ia dilengkapi skrin 16.1-inci FHD (1920 x 1080) dan kadar segar semula 144Hz. Terdapat dua pilihan CPU yang ditawarkan iaitu AMD Ryzen™ 7 5800H atau AMD Ryzen™ 5 6600H. Seterusnya, HP Victus juga ada GPU berkuasa sehingga NVIDIA GeForce RTX 3060. Kapasiti memori pula 16GB DDR4-3200 MHz RAM (2 x 8 GB) dan storan sehingga 1TB PCIe® NVMe M.2 SSD. 

Kapasiti bateri 70Wh yang diiklankan mampu bertahan sehingga 8 jam penggunaan. Sebuah kamera beresolusi 720p HD bersama dwi-mikrofon digital turut digunakan. Terdapat pilihan merangkumi port 1 X USB Type-C, 1 X DisplayPort 1.4, 1 X USB Type-A, 2 X USB Type-A, 1 X HDMI 2.1, 1 X RJ-45, 1 X AC smart pin dan bicu audio. 

Kualiti Audio Yang Paling Gempak Dengan Bang & Olufsen 

Dari segi audio, HP Victus bergantung pada sokongan dua pembesar suara yang dibuat oleh Bang & Olufsen Play atau B&O Play yang ditag dengan HP Audio Boost. 

Dengan adanya Bang & Olufsen anda tidak perlu lagi membeli pembesar suara yang lain kerana dapat menghasilkan bunyi yang jelas dan kaya dengan perincian untuk memanjakan telinga pemain ketika bermain permainan atau menikmati kandungan multimedia. 

Dibina dengan mengambil kira kehendak pemain 

Beralih kepada papan kekunci, HP Victus 16 AMD mempunyai lampu backlit cukup selesa digunakan ketika bermain game atau menaip dalam keadaan cahaya malap. Komputer riba ini juga dilengkapi dengan papan kekunci berangka yang menyokong teknologi 26-Key Rollover Anti-Ghosting Key untuk permainan yang lebih selesa. 

 OMEN Gaming Hub - Ia adalah kedai sehenti anda untuk meningkatkan permainan anda. Daripada mendapat ganjaran hanya dengan permainan, hingga mengawal setiap prestasi kecil dan pilihan pencahayaan mesin anda, senarai itu diteruskan. Setiap permainan, setiap saat kini dalam kawalan anda. 

Apabila anda membeli peranti HP Victus terpilih daripada Shopee atau Kedai Konsep HP, anda akan mendapat hadiah yang menarik. 

Dengan setiap pembelian anda akan menerima hadiah PERCUMA RM100 e-dompet daripada Grab, Touch n Go atau Steam Wallet. Baucar AEON RM100, dan Kaspersky Internet Security bernilai RM99 juga boleh didapati apabila anda membeli HP Victus ini di mana-mana Kedai Concept HP. Anda juga boleh menggunakan kod khas kita “EGG100” untuk mendapatkan diskaun RM100 di Shopee. 

Tempoh Promosi: 

Sekarang – 10 Feb 2023 

Harga Produk: Dapatkan HP Victus di Kedai Konsep HP atau dari Shopee dengan hanya RM3,349. 

Pautan: HP Victus 16: https://shopee.com.my/m/hpgaming 

Baru-baru ini pasukan Lugiámi sekali lagi mengharumkan nama negara apabila menjadi naib juara dalam Global Esports Game 2022 dalam kategori DOTA 2 Wanita.

Global Esports Game 2022 (GEG) telah diadakan di Turki tahun ini di mana ia berlangsung di Bomonti, Istanbul.

Pada hari pertama kejohanan, Malaysia menentang New Zealand pada suku akhir dan menang 2-0. Malaysia mara ke separuh akhir pada hari kedua untuk menentang Argentina dan merampas kemenangan sekali lagi dengan 2-0, sekali gus memberikan mereka hak untuk mara ke peringkat akhir, di mana mereka bertanding dengan Thailand.

Malaysia terpaksa membawa pulang Pingat Perak selepas tewas di peringkat akhir.

Lugiámi pasukan terdiri daripada Nada, auroraa, HG, quibilong, dan Shizuma.

“Perlawanan sukar menentang Thailand, tetapi kami akan kembali dengan lebih baik tahun depan!” kata Nada, kapten.

Secara keseluruhan, Dota 2 juara kategori wanita diperoleh Thailand (Emas), Malaysia (Perak), dan Singapura (Gangsa). Pasukan yang layak ke suku akhir ialah Kenya, The Great Britain, New Zealand, Argentina, Turkiye, Singapura, Thailand dan Malaysia sendiri.

GEG turut menyasarkan untuk meraikan pencapaian esports di seluruh dunia dengan menganjurkan ini setiap tahun di negara yang berbeza pada masa hadapan.

Hos Barang Baek: Afiq Chii & Loleiykha

Episod 1 Barang Baek!!

Barang Baek merupakan program terbaru eGG berkaitan produk teknologi berkaitan gadget dan cara untuk buat pc gaming sendiri.

Di episod pertama reviu kerusi gaming yang mampu milik dan apa fungsi utama kerusi gaming ini kepada penggunanya seperti menjaga posisi badan ketika duduk.

Sementara itu, di segmen kedua PC Baek di mana Afiq menunjuk cara membina pc sendiri dan tips menarik. Afiq mngulas berkenaan motherboard, cpu untuk pengguna.

Dalam episod ini juga mereka memberi tips agar pengguna tahu apa asas utama dalam pembinaa pc seperti bajet untuk adanya pc.

Segmen terakhir, Barang Baek Aku memaparkan gambar setup dari peminat untuk di komen oleh host kita dan untuk episod pertama Afiq sendiri telah menunjukkan setup bilik gamingnya.

Episod 2 Barang Baek!!

Episod kedua kali ini segmen pertama Tech Baik! berkenaan keyboard menarik dari Tecware yang menaja papan kekunci pada episod kali ini dan apa yang menarik segmen ini, Afiq membuat review barang dan siap harga tau! Memang berbaloi.

Berdasarkan penjelasan dari Afiq itu, pastinya anda teruja untuk mendapatkan papan kekunci itu kan? Siapa je yang tak geram tengok.

Sementara itu, di segmen kedua PC Baek di mana. Afiq mengulas berkenaan cara pasang dan apa fungsinya ssd ini untuk pengguna.

Dalam episod ini juga mereka memberi tips agar pengguna tahu apa asas utama dalam pembinaan pc dan untuk pengetahuan mereka para wanita juga mampu pasang pc yer.

Segmen terakhir, Barang Baek Aku memaparkan gambar setup dari peminat untuk di komen oleh host kita dan untuk episod kedua setup dari peminat eGG. 

Episod 3 Barang Baek!!

Episod ketiga kali ini segmen pertama Tech Baik! berkenaan tetikus (mouse) yang Afiq ingin berkongsikan fungsi pada episod kali ini dan apa yang menarik segmen ini, Afiq dan Ika membuat review berkenaan perbezaan tetikus untuk tangan kanan dan kiri.

Berdasarkan penjelasan dari Afiq itu, pastinya anda teruja untuk mendapatkan tetikus menarik itu kan? Siapa je yang tak geram tengok dan dengar bunyi pon dah best!

Sementara itu, di segmen kedua PC Baek di mana. Afiq mengulas berkenaan CPU dan apa fungsinya dan tetikus yang direview pada segmen pertama untuk pengguna.

Dalam episod ini juga mereka memberi tips agar pengguna tahu apa asas utama dalam pembinaan pc dan untuk pengetahuan mereka para wanita juga mampu pasang pc yer.

Segmen terakhir, Barang Baek memaparkan gambar setup dari peminat untuk di komen oleh host kita dan untuk episod ketiga setup dari peminat eGG serta kali ini Afiq review setup seorang penerbit musik.

Barang Baek boleh disaksikan setiap hari Selasa bermula jam 9 malam hanya di eGG saluran 800, Sooka Malaysia, Astro GO, Facebook eGG dan Youtube eGG.

Gadis yang berusia 22 tahun ini berasal dari Selangor tidak kekok apabila di temubual dalam rancangan Dari Hati yang mengupas sisi kehidupan seorang strimer pada zaman lampaunya.

Ingin baca lebih lanjut anda boleh membaca dalam bentuk majalah disini!

Baca artikel penuh di sini

Dari Hati kini boleh ditonton melalui Astro Go, Sooka Malaysia dan Youtube eGG Network.
Nantikan episod DARI HATI seterusnya menampilkan PemburuXGamer hanya die eGG Network Saluran 800.

Pada 21 Julai 2022 Dari Hati menjemput Syameer Deon untuk berkongsikan kisah perjalanan hidupnya.

Siapa tahu Syameer merupakan seorang suami yang kuat sanggup bekorban apa sahaja demi isterinya yang tercinta.

Siapa sahaja yang tak kenal salah seorang strimer eGG Network yang gemar bermain truck simulator

dan menghiburkan hati penontonnya.

Jom kita baca serba sedikit mengenai Syameer Deon.

Pada yang terlepas menonton DARI HATI kini anda boleh menonton melalui Astro GO,

Sooka Malaysia dan Youtube eGG Network.

Antara gambar ala-ala model Syameer Deon.

Episod 7 baru-baru ini Dari Hati menampilkan Ckey salah seorang Facebook Creators. Ckey ataupun dikenali sebagai Syauqiesuri gemar bermain GTA V Role Play bersama rakanya Chiko.

Nak tahu lebih lagi mengenai Ckey jom ikuti kisahnya dalam bentuk majalah dibawah:-

Sekiranya anda terlepas peluang untuk menyaksi Dari Hati, kini anda boleh menonton melalui Astro GO dan Sooka Malaysia.

Dari Hati episod seterusnya pada 21 Julai 2022 jam 9 malam (GMT+8) hanya di eGG Network (Saluran 800).

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)